10 TEMPAT PALING BERHANTU DI DUNIA

10. Berry Pomeroy Castle, Totness


 Ada beberapa legenda yang berkaitan dengan istana ini pada abad ke-14, dan memiliki reputasi sebagai tempat paling berhantu di dunia. Ia memiliki 2 hantu wanita terkenal iaitu White Lady dan Blue Lady. Menurut legenda White Lady ialah semangat Margaret Pomeroy yang mati kelaparan ketika dipenjarakan di bawah tanah oleh seorang kakak yang cemburu padanya. Dia dikatakan menghantui ruang bawah tanah yang gelap, dan naik dari St Margaret's Tower ke dinding istana. Blue Lady pula berlegar di seluruh kawasan tersebut. Bahayanya dia selalu mengumpan lelaki untuk menemui ajal dipersekitaran istana yang tidak selamat dan sukar untuk mendapatkan bantuan.

9. Dominican Hill, Baguio City, Philippines



 Menurut cerita, kawasan ini dihantui oleh roh-roh yang mati akibat peperangan sehingga mendapat reputasi sebagai salah satu tempat paling berhantu di dunia. Sebahagian penduduk mengatakan bahawa pesakit disini akan meninggal meskipun memiliki harapan untuk hidup. Kemudiannya mereka akan berubah menjadi hantu. Tanda-tanda tempat ini dihantui ialah terdengar kocakan pintu atau tingkap, pinggang mangkuk berlaga dan jeritan di waktu malam.

8. Edinburgh Castle, Edinburgh, Scotland: 
  
Istana megah yang dikatakan paling berhantu di dunia ini dibangunkan pada abad pertengahan. Ianya teguh di atas batu karang dan memberikan sebuah identiti yang menakjubkan di Bukit Scotland. Peliknya, di dalam ruang kosong istana dan jalan-jalan sempit dari Edinburgh, terdapat gema suara orang yang telah mati. Itulah yang telah dilaporkan oleh mereka yang mengalaminya. Kawasan yang dikatakan keras termasuk tembok penjara, Kubah South Bridge dan Mary King Close, jalan yang pernah digunakan untuk pengasingan pesalah dan mengkebumikan mereka. Ada juga kejadian lain seperti terserempak anjing hantu, drummer tanpa kepala, dan jelmaan bekas tahanan tujuh tahun perang Perancis dan Perang Kemerdekaan Amerika.
7. Monte Cristo, New South Wales, Australia: 

Monte Cristo, rumah paling berhantu di Australia terletak di Junee, New South Wales. Madam Crawley, pemilik rumah tersebut tidak pernah keluar dari rumahnya setelah kematian suaminya. 23 tahun beliau tidak pernah keluar dari rumahnya dan hanya sekali dua sahaja. Setelah kematian Madam Crawley, rohnya menghantui tempat itu khususnya bilik tidur. Saksi pernah melihat hantu tanpa tubuh, wajah tidak di kenali di tingkap, susuk tubuh yang menjelma lalu hilang, suara-suara misteri, dan lampu menyala padam berulang kali. Beberapa orang melaporkan bahawa ketika mereka memasuki bilik tidur, anak mereka menjadi sesak nafas sehingga pucat dan hampir meninggal dunia. Semuanya kembali normal setelah mereka meninggalkan bilik tersebut.

6. Ancient Ram Inn, Gloucestershire, England:


tempat paling berhantu di dunia

Perjalanan ke Ancient Ram Inn adalah sebuah pengalaman yang penuh dengan gangguan misteri. Lantai berdesir, bauan aneh, sejuk hingga meremang bulu roma menandakan tempat ini berhantu. Kisah yang berlaku di tempat ini cukup menakutkan. Pembunuhan ritual satanisme dan menjadikan kanak-kanak sebagai korban adalah antara amalan keji yang pernah dilakukan di sini sehinggakan ia menjadi antara tempat paling berhantu di dunia. Memang tidak dinafikan bangunan itu didirikan di tempat yang penuh dengan kemungkaran sehingga mengundang pelbagai perkara aneh.
5. Highgate Cemetery, North London, England: 

tempat paling berhantu di dunia

Pada waktu malam, Highgate Cemetery seperti babak dalam cerita seram. Batu nisan membengkok, pohon-pohon kelihatan bergerak, adalah antara tanda-tanda ianya tempat berhantu. Walaupun berhantu, tempat ini menampilkan arkitektur gothic yang menarik di Britain. Tempat ini juga Karl Marx disemadikan. Beliau ialah pengasas fahaman komunis dunia. 

4. Bhangarh Fort, India: 

tempat paling berhantu di dunia

Bhangarh Fort terletak diantara jalan Jaipur ke Alwar di Rajasthan, India. Menurut legenda, Singhia, seorang pengamal ilmu hitam membuat sumpahan di istana bahawa semua orang akan mati di istana dan jiwa mereka akan tinggal di sana selama berabad-abad tanpa kelahiran semula. Yang menghairankan, kesemua rumah di daerah ini tanpa atap kerana ketika setiap rumah ingin dibangunkan dengan atap, ia akan runtuh. Ianya adalah tempat paling berhantu di India. Orang yang mengunjungi tempat ini akan cemas  dan kegelisahan. Dikatakan bahawa tiada sesiapa yang akan kembali dari tempat ini jika tinggal setelah gelap. Pemerintah daerah ini melarang sesiapa sahaja berada disana setelah terbenam matahari. Terdapat papan tanda yang dipasang oleh Ahli Arkeologi India menulis "Di larang berada di daerah ini setelah terbenam matahari".

3. Screaming Tunnel, Niagara Falls, Ontario: 

tempat paling berhantu di dunia

Hantu Terseram Screaming Tunnel adalah salah satu legenda Niagara Falls paling abadi. Terletak di penghujung Warner Road, terowong di bawah rel kereta api yang menghubungkan Niagara Falls ke Toronto dan New York City. Menurut lagenda tempatan, lebih dari satu abad yang lalu, sebuah rumah ladang yang terletak berdekatan pintu masuk ke terowong selatan terbakar pada satu malam. Pakaian seorang gadis terbakar dan berlari-lari meminta tolong. Dia berlari memasuki terowong dalam usaha untuk memadamkan api. Akhirnya dia meninggal di dalam terowong tersebut. Dari versi lain, gadis tersebut di bakar oleh ayahnya dalam perebutan hak penjagaan ketika berlakunya penceraian. Ada juga yang mengatakan gadis tersebut dibakar setelah dirogol untuk menutup bukti. Walau apapun cerita sebenar, orang yang melalui terowong ini pada tengah malam pasti ternampak nyalaan api dan jeritan seorang gadis.

2. Ohio University, Athens, America: 

tempat paling berhantu di dunia

Ohio University dikenali sebagai Universiti paling berhantu di dunia. Sejumlah besar kawasan di kampus ini dikatakan berpuaka, dan telah banyak cerita misteri yang berlaku disini. Masyarakat Inggeris merumuskan Athens, Ohio, adalah salah satu tempat paling berhantu di dunia. Wilson Hall, terkenal kerana seorang gadis (dikatakan sebagai seorang ahli sihir) yang membunuh diri setelah menulis perihal syaitan dan supernatural di dinding darahnya sendiri. Lima kubur yang membentuk sebuah pentagram mengelilingi kampus dan dengan pusat pentadbiran berada di tengah menjadi tanda syaitan. Washington Hall, terkenal dihuni  oleh sekumpulan pasukan bola keranjang yang kesemuanya meninggal dunia akibat kemalangan yang mengerikan. Roh mereka menghantui jalan tersebut dan adakala terdengar mereka mengiringi bola. Katakombe dari Jefferson Hall, dimana lebih banyak kejadian terserempak dengan hantu berlaku..

1. Changi Beach, Singapore: 

tempat paling berhantu di dunia

Changi Beach dijadikan tempat pembunuhan tahanan ketika Perang Dunia Kedua dan mempunyai reputasi sebagai pantai paling berhantu di dunia. Ribuan bangsa cina diseksa dan dibunuh kerana di ragui anti Jepun. Kejadian aneh berlaku disini dengan tangisan dan jeritan. Kepala kadang-kadang terlihat terbang di mana-mana dan badan-badan tanpa kepala berjalan di sekitar pantai. Hal yang paling menakutkan ialah hantu-hantu tersebut juga meninggalkan nota berdarah. Adakalanya terlihat susuk tubuh menggali lubang seakan-akan menggali kubur.

Comments

Popular posts from this blog

PERDANA V6

FACE TREATMENT

VEER ZARAA