OH! MY LADY

Staring: Choi Si Woo(Sung Min Woo) Chae Rim(Yoon Gae Hwa)

Mengisahkan hidup seorang pelakon yang sedang popular di Korea, Sung Min Woo yang menjadi huru-hara apabila dia didatangi oleh seorang janda beranak satu, Yoon Gae-hwa. Yoon Gae-hwa terpaksa tinggal bersama-sama di rumahnya kerana sejarah silam yang dilakukan oleh Sung Min Woo. Daripada dipanggil (makcik) oleh Sung Min Woo, akhirnya Yoon Gae-hwa menjadi buah hati yang dicintai oleh pelakon kacak itu.

Slot kegemaran ramai ‘Best of The East’ akan membawakan sebuah drama bersiri Korea Oh! My Lady. Drama bersiri ini dibintangi oleh pelakon-pelakon popular antaranya Sung Min Woo, Chae Rim, Lee Hyun Woo, Park Han Byul, Moon Jung Hee dan Yoo Seo Jin.

Pelbagai aksi lucu berlaku apabila Sung Min Woo mendapatkan khidmat Yoon Gae Hwa (Chae Rim) sebagai penjaga rumah beliau! Saksikan kemunculan debut Super Junior – Choi Si Won di dalam drama Oh! My Lady yang pasti membuat anda tidak kering gusi menyaksikan adegan-adegan lucu dalam drama ini!

Saksikan perjalanan hidup idola pop Sung Min Woo dan penjaganya Yoon Gae Hwa. Drama bermula apabila anak perempuan Gae Hwa telah diambil oleh bekas suaminya. Segalanya menjadi kelam kabut apabila Min Woo mendapati yang beliau sebenarnya mempunyai anak perempuan! Min Woo kemudiannya mendapatkan khidmat Gae Hwa sebagai penjaga anaknya.

Comments

Popular posts from this blog

PERDANA V6

FACE TREATMENT